Ennovi Ethics Hotline
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Ennovi Ethics Hotline?
- Ennovi Ethics Hotline adalah sesuatu kaedah membuat laporan yang dicipta oleh NAVEX yang membolehkan sesiapa sahaja untuk melaporkan salah laku, pelanggaran Kod Tatakelakuan Perniagaan syarikat kami atau dasar-dasar atau prosedur-prosedur syarikat kami yang telah berlaku atau disyaki telah berlaku, atau pelanggaran undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah atau bakal berlaku.
Mengapakah Ennovi memasuki perjanjian dengan NAVEX untuk melaporkan masalah?
- Pekerja-Pekerja kami adalah aset terpenting kami. Dengan mencipta saluran-saluran komunikasi terbuka, kami dapat mempromosikan lingkungan kerja yang positif dan memaksimumkan produktiviti.
- Sekiranya pekerja-pekerja kami mendapati sesuatu situasi yang menunjukkan pelanggaran undang-undang, peraturan-peraturan atau Kod Tatakelakuan Perniagaan syarikat kami, atau dasar-dasar atau prosedur-prosedur syarikat yang telah berlaku atau disyaki telah berlaku, kami percaya bahawa cara terpantas untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan berbincang dengan penyelia atau pengurus mereka atau wakil-wakil dari Bahagian Sumber Manusia atau Undang-Undang.
- Namun, kami menyedari bahawa pekerja-pekerja kami mungkin berasa tidak selesa untuk berbincang dengan seseorang di dalam syarikat, atau jika mereka tidak berpuas hati bahawa masalah mereka telah ditangani dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, pekerja-pekerja kami boleh sentiasa menggunakan Ennovi Ethics Hotline kami.
- Ennovi Ethics Hotline dikendalikan oleh NAVEX, iaitu pihak ketiga bebas yang khusus dalam menyediakan perkhidmatan pelaporan telefon dan web yang selamat dan sulit. (Harap maklum: Pelaporan sulit mungkin dilarang di beberapa negara)
- Talian Etika Ennovi sedia menerima panggilan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan NAVEX menyediakan perkhidmatan terjemahan untuk individu-individu yang melaporkan dalam bahasa-bahasa selain bahasa Inggeris.
Bagaimanakah saya boleh melaporkan kebimbangan saya?
- Anda boleh melaporkan kebimbangan mengenai salah laku, pelanggaran Kod Tatakelakuan Perniagaan syarikat kami atau dasar-dasar atau prosedur-prosedur syarikat kami yang telah atau bakal berlaku, atau pelanggaran undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah berlaku atau disyaki telah berlaku melalui Ennovi Ethics Hotline melalui telefon atau laman web (www.Ennovi.ethicspoint .com)
Bolehkah saya melaporkan semua jenis salah laku dengan menggunakan Ennovi Ethics Hotline tanpa mengira lokasi saya dan lokasi di mana ia berlaku?
- Oleh sebab keperluan perlindungan data hendaklah dipenuhi di EU, anda
hanya dapat melaporkan jenis salah laku seperti yang berikut melalui Ennovi
Ethics Hotline. Apa-apa salah laku yang tidak dapat dilaporkan melalui
Ennovi Ethics Hotline sebaliknya harus dilaporkan kepada penyelia atau
pengurus anda, Bahagian Sumber Manusia atau Undang-Undang.
Kesatuan Eropah
Negera-negara lain
Pemalsuan Dokumen; Manipulasi Perakaunan atau Pengauditan
Antitrust dan Pencegahan Persaiangan
Diskriminasi atau Gangguan
Pencegahan Rasuah dan Korupsi
Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan
Semua jenis salah laku boleh dilaporkan melalui Ennovi Ethics Hotline
- Ennovi Ethics Hotline bukan disediakan untuk tujuan menerima aduan pekerja mengenai upah, jam kerja, penilaian prestasi, atau masalah pekerjaan rutin lain. Aduan seperti yang dinyatakan ini harus diajukan kepada pihak pengurusan tempatan atau perwakilan Sumber Manusia.
Mengapakah saya mesti melaporkan apa-apa yang saya tahu?
- Kita semua berhak untuk bekerja dalam lingkungan yang positif dan dengan hak itu timbulnya tanggungjawab untuk bertindak dengan etika dan memberitahu sesiapa yang sesuai jika seseorang tidak bertindak dengan betul. Dengan kerjasama, kami dapat mengekalkan suatu lingkungan yang sihat dan produktif. Salah laku korporat boleh mengancam kehidupan seluruh syarikat.
Bolehkan saya melaporkan masalah saya tanpa memdedahkan identiti?
- Anda digalakkan untuk memberikan maklumat hubungan anda semasa anda membuat laporan. Dengan memberikan maklumat hubungan, ia akan membolehkan Ennovi meneruskan siasatan dengan secepat dan selengkap mungkin. Sekiranya anda mendedahkan identiti anda, usaha akan diberikan untuk menjaga kesulitan identiti anda dan maklumat yang anda berikan akan dianggap sebagai sulit dan istimewa setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang. Ennovi tidak akan menerima tindakan balasan dendam terhadap sesiapa yang menimbulkan kebimbangan dengan niat baik atau memberi bantuan dalam siasatan.
- Sekiranya tidak ingin mendedahkan identiti, anda boleh berbuat begitu sekiranya ia diizinkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan negara anda.
Ke mana laporan-laporan tersebut pergi? Siapakah yang boleh mengaksesnya?
- Laporan-laporan dimasukkan secara terus ke pelayan selamat (secure server) Ennovi Ethics Hotline untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya pelanggaran keselamatan. Ennovi Ethics Hotline membolehkan laporan-laporan tersebut hanya tersedia untuk individu-individu tertentu dalam syarikat yang ditugaskan untuk menilai dan menyiasat sesuatu laporan, berdasarkan jenis pelanggaran dan lokasi kejadian.
Bagaimana jika majikan saya atau pengurus-pengurus lain terlibat dalam suatu pelanggaran? Adakah mereka akan memperoleh laporan tersebut dan memulakan penyembunyian?
- Sistem Ennovi Ethics Hotline dan penyebaran laporan dirancang supaya pihak-pihak yang terlibat tidak akan diberitahu atau diberi akses ke laporan-laporan di mana mereka dinamakan.
Bagaimanakah saya boleh memantau perkembangan masalah yang saya laporkan?
- Apabila anda memfailkan suatu laporan di laman web Ennovi Ethics Hotline atau melalui pusat panggilan, anda akan menerima suatu kunci laporan dan akan diminta agar mencipta kata laluan. Gunakan kunci laporan dan kata laluan untuk mengakses, memantau perkembangan dan menghantar maklumat tambahan yang mungkin diperlukan daripada anda untuk menangani masalah anda.
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya kehilangan kunci dan kata laluan laporan saya?
- Oleh sebab laporan yang dihantar adalah sulit, jika anda kehilangan kunci atau kata laluan laporan anda, anda akan diminta untuk mengemukakan kebimbangan anda semula. Anda boleh menyatakan dalam kebimbangan yang diserahkan semula bahawa rilis baru anda berkaitan dengan kebimbangan sebelumnya yang telah anda kemukakan.