Failkan Laporan Baru

Selepas anda melengkapkan laporan anda akan diperuntukkan satu kod unik yang dipanggil "kunci laporan." Tuliskan kunci laporan anda dan kata laluan dan SIMPAN di tempat yang selamat. Selepas 5-6 hari perniagaan, gunakan kunci laporan anda dan kata laluan untuk memeriksa laporan anda untuk maklum balas atau soalan.

Mesej daripada Doug Parker, Ketua Pegawai Undang-Undang

Sebagai organisasi global, kami mesti memastikan bahawa semua pekerja kami bekerja di dalam persekitaran yang menghormati prinsip kelakuan perniagaan kami. Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk mematuhi Dasar Tadbir Urus Tataniaga Celestica (BCG) dan untuk memastikan bahawa etika dan integriti kita tidak pernah dipersoalkan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk melaporkan kelakuan atau tindakan yang bertentangan dengan standard etika kami. Berwaspada dan menyiasat sebarang laporan pencabulan adalah penting kepada Celestica dan kami mengharapkan anda untuk memastikan kami diberitahu sekiranya anda mengetahui sebarang isu yang relevan.

Untuk menyediakan kaedah yang selamat, tanpa nama dan intuitif untuk pekerja kami bagi melaporkan kebimbangan mereka, kami telah, berkongsi dengan EthicsPoint, sebuah syarikat bertaraf dunia yang mengkhusus dalam menangani laporan sulit tempat kerja dan isu etika serta kebimbangan. Anda boleh melaporkan sebarang pelanggaran dengan sama ada memanggil Celestica Ethics Line, menggunakan nombor bebas tol atau dengan menghantar laporan ke laman web Internet kami. Semua maklumat yang dilaporkan akan dirahsiakan dan akan diuruskan secara yang menepati masa. Celestica tidak akan bertindak balas menentang sesiapa yang melaporkan pelanggaran BCG.

Semasa Celestica Ethics Line tersedia untuk semua orang, kami menggalakkan anda untuk menyampaikan semua perkara yang tidak berkaitan kepada BCG melalui saluran yang sesuai pada lokasi anda, melainkan sekiranya anda tidak selesa melakukan sedemikian. Ini termasuk penyelia anda (jika sesuai), tapak Pengurusan Sumber Manusia atau tapak Pengurusan Keselamatan.

Celestica telah bekerja keras untuk membina sebuah reputasi korporat peneraju industri, berdasarkan integriti dan etika perniagaan. Kami mengalu-alukan bantuan anda bagi memastikan bahawa Celestica terus beroperasi dengan standard etika yang tinggi berserta moral, dan kami mengambil tindakan segera pada sebarang isu yang boleh mengancam Nilai kami.

Salam hormat,

Doug Parker, Ketua Pegawai Undang-Undang

ETHICSPOINT BUKAN 911 ATAU PERKHIDMATAN KECEMASAN.
Jangan gunakan laman ini untuk melaporkan kejadian yang menyebabkan ancaman terhadap nyawa atau harta secara mendadak. Laporan yang diserahkan melalui perkhidmatan ini mungkin tidak menerima respons segera. Jika anda memerlukan bantuan kecemasan, sila hubungi penguasa setempat anda.